About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Saturday, March 5, 2011

Kalau Sayang Lepaskan

Dimasa diri ini cuba melawan penyakit
Tiba suatu berita yang agak menggembirakan
Mendengar si dia sudah memperolehi pasangan yang sepadan
Sungguh bersyukur orang yang disayangi sudah bergembira
Namun hati lelaki ini hanya tuhan yang tahu

Terima kasih ucapan ditujukan kepada si dia kerana berterus terang menyatakan hati telah dimiliki
Daripada diri ini terus mendesak bertanyakan mengapa kelakuan si dia sungguh berbeza
Itu menunjukkan si dia seorang yang sungguh setia terhadap cintanya

Si dia tidak sampai hati meluahkannya takut hati ini terluka
Namun hati ini akan lebih terluka sekiranya si dia cuba mengelakkan diri
Diri ini tidak memarahi atau mendendami akan si dia meskipun dia telah berpunya
Kerana harapan yang pernah diberikan oleh si dia banyak meninggalkan kenangan manis

Bukan diri ini tidak pernah menghargai si dia
Diri ini terlalu menghargai sehingga sanggup berpura2 tidak menghendahkan si dia
Menafikan perasaan serta membiarkan hati si dia terluka akan kelakuan diri ini terhadapnya
Semua ini dilakukan bukan bertujuan menyeksa jiwa si dia
Tetapi perasaan sayang yang tak dapat diluahkan oleh sesetengah lelaki

Melihat si dia bahagia di samping orang tersayang
Membuatkan diri berasa telah berjaya mencapai matlamat
Namun ini bukanlah kehendak hati memain2 kan perasaan seorang wanita
Kerana diri ini tidak ingin si dia layu dijambangan

Bukan kerana diri ini menyerah kalah atau tidak bersungguh2 bagi memiliki hatinya
Tetapi mengenangkan diri ini banyak kelemahan dan sekiranya diluahkan sesiapa pun sukar mempercayainya
Diri ini sedar seorang wanita tidak menyukai lelaki yang lemah dan mudah patah semangat
Tetapi diri ini bukan seorang yang mampu berpura2 kecuali bagi melepaskan orang tersayang bergembira

Semua ini bakal melukakan hati ini
Namun biarlah hati ini lebih terluka daripada melihat hati si dia terluka dikemudian hari
Tidak sanggup rasanya diri ini melihat si dia berduka
Biarlah diri ini menanggung segala2 nya

Disaat ini kebahagian si dia cukup bermakna bagi diri ini
Orang yang disayanginya cukup sempurna dari segi luaran
Melalui luarannya  juga mencerminkan kesempurnaan dalamannya
Kerana diri ini dapat merasainya

Si dia begitu selesa berdampingan dengannya
Kelihatan begitu sepadan kerana masing2 mempunyai personaliti yang sama
Diri ini tidak mengenalinya namun sudah semestinya berperwatakan seperti si dia
Itu yang terbaik untuk mereka berdua

Tuhan telah menjanjikan insan baik diciptakan untuk insan terbaik juga
Melihat personaliti dan raut wajah mereka berdua sudah semestinya seorang hamba yang taat kepada tuhannya
Semoga pasangan secocok ini diberkati dan dirahmati tuhan berkekalan sehingga keakhirnya
Amin...............

Bagi diri ini apa yang hanya mampu dilakukan

KALAU SAYANG LEPASKAN

No comments:

Post a Comment