About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Sunday, March 20, 2011

Hikayat Cahaya Dan Bayang2

Terdetik Dihati Aku Nak Menulis Hikayat Ini
Terlintas Difikiran Semasa Dalam Perjalanan Kepesta LED Dekat I-City,Shah Alam
Hikayat Ini Mengisahkan………………
Sebelum Tu Tayang Dulu Gambar2
Hehehehehehe



Cukup2 lah Tu Pleasing
Nanti Orang Menyampah Pulak Tengok
Kita Sambung Berhikayat………..

Amaran:Mungkin Hikayat Ini Hanya Rekaan Semata2 Atau Penceritaannya Kebanyakannya Sangkaan,Tekaan Belaka.Agaknya!!!!.So Jangan Ambik Pusing Sangat.Layan Je.


Tercipta suatu suasana.Suasana yang gelap tetapi bukanlah bermakna waktu malam.Cuma suasana tanpa kehadiran cahaya.Maka sukarlah bagi bayang2 untuk menjelmakan dirinya bagi menunjukkan kehadiran sesuatu,benda atau jasad.


Dalam mencari cahaya,bayang2 bertemu sebuah lampu pendarflour (lampu kalimantang).Kehadiran pendarflour menyinari dan mengekalkan bentuk bayang2 tersebut dengan cahayanya yang terang benderang.Bayang2 begitu gembira menjalani kehidupan bersama pendarflour.


Tiba2……………
Cahaya pendarflour bertukar malap serta berkedip seolah2 hendak terpadam dalam masa yang singkat sedangkan bayang2 baru hendak menikmati pancarannya.Kemungkinan kehadiran choke yang rosak pada pendarflour atau ion2 yang lemah dalam tiubnya.


Namun bayang2 tetap memerlukan pendarflour dan menginginkannya meskipun kadangkala agak kecewa dengan keadaan yang dialaminya.Ini kerana bayang2 tak mampu wujud tanpa kehadiran cahaya dan keadaan ini sedikit sebanyak mempengaruhi bentuk bayang2 nya yang terhasil.


Dalam masa yang sama bayang2 tetap menjalani kebayang2 annya.Sehinggalah kebetulan berjumpa dengan sebuah lampu.Lampu yang sangat kecil dan kerdil sehingga hanya layak dipanggil sebutir  lampu (bahasa md hikayat-kalau silap penggunaan perkataan harap dimaafkan).Itulah lampu yang digelar LED.


LED!!!.Seperti yang kita sedia maklum ianya sebuah lampu yang digunakan dikebanyakan peralatan2 Elektronik.Cahaya pancarannya tidaklah semegah lampu2 lain namun ianya cukup menarik dengan warna2 nya yang pelbagai.Itulah keistimewaan yang terdapat pada LED dan sebab itu bayang2 amat menyenanginya


Meskipun begitu semakin lama LED sedar yang bayang2 bukan setakat memerlukan cahaya tetapi suatu pancaran sinaran cahaya yang berterusan.Lalu LED menyimpan cahayanya yang sebiji kerana ia menyedari belum cukup mengumpulkan pelbagai lampu2 LED lain untuk menghasilkan warna2 yang menarik serta mampu menyinari bayang2.


Keadaan ini juga mula dirasai bayang2 dimana sebiji cahaya sahaja tidak mencukupi bagi memastikan dirinya terus menjadi bayang2 meskipun pada awalnya merasanya kehadiran LED memberi harapan sumber cahaya baru.Seperti pesta lampu LED,ramai yang mengkagumi kerdipan cahayanya yang pelbagai serta tempat mencari ketenangan namun untuk dijadikan sumber cahaya bagi mewujudkan bayang2 adalah agak sukar.Ekoran itu tercipta suatu situasi yang………….


Situasi berterusan sehingga akhirnya LED bertekad tetap mahu mencuba menyinari kehidupan bayang2.Namun LED terlupa yang bayang2 masih memiliki cahaya pendarflour meskipun keadaan cahayanya kini agak malap tetapi keadaan itu disembunyikan bayang2 depan LED.


LED  menyangkakan selama ini telah memberikan harapan sumber cahaya baru kepada bayang2 rupa2 nya LED lebih2 lagi yang mengharapkan diri supaya dapat menyinari bayang2.Ini kerana antara mereka berdua tiada agreement perjanjian hitam putih bagi mendapatkan kontrak menyinari dan disinari.


Didalam menghadapi keadaan cahaya yang agak malap dari pendarflour dan kehadiran LED,bayang2 tanpa disedari semua menemui sebuah sumber cahaya yang besar.Pancaran yang memukau serta berterusan dan mungkin telah hadir lama dalam hidup bayang2 tetapi kini baru menyerlah atau baru disedari bayang2.


Itulah matahari.Pancaran cahaya dan manfaatnya kadangkala kurang disedari kehadiranya.Namun dalam diam ianya memberi harapan cahaya berpanjangan serta berkekalan.Itulah cahaya yang dicari2 oleh bayang2 selama ini.


Dengan keadaan pendarflour yang kian berkedip2 dan hampir terus padam,bayang2 memilih matahari.Bukan kerana berasa marah terhadap pendarflour yang tidak menyinarinya lagi tetapi merasakan itu yang terbaik bagi diri mereka berdua dan membuat keputusan tepat setelah lama berfikir..


Kini bayang2 dan matahari hidup saling memerlukan dimana disinari dan menyinari.Bentuk bayang2 berada dalam keadaan tetap,stabil dan teguh maka bayang2 kini mengisytiharkan diri adalah milik matahari.


Apa terjadi kepada lampu LED?


LED tetap seperti selalunya.Masih cuba mengatasi masalah soketnya yang kadang2 longgar dan tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya.Terus mencari lampu2 LED yang lain untuk bergabung menghasilkan sebuah lampu suluh LED bagi menyinari bayang2 lain.Mungkin bayang2 kecil,sepadan yang mampu diterangi hanya menggunakan lampu suluh.


Apa2 pun,pasanan md hikayat kepada lampu LED jangan pernah menjadi sesuatu yang lain.LED tetap LED tetapi yang boleh dilakukan hanya terus berusaha menjadi lampu LED yang terbaik.Mencari dan menanti kehadiran bayang2 yang memerlukan cahaya meskipun dari cahaya sekecil ini kerana cahaya LED berterusan dan lampunya sukar rosak berbanding lampu2 lain.


Sekian……..


Pendaflour,LED,Matahari.Mana Pilihan Anda?.Renung2 kan





No comments:

Post a Comment