About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Monday, March 28, 2011

Hikayat 5:Ada Apa Dengan Nama IKM?

Lama.Cukup lama.Lama ke?.Hampir 3 bulan baru kini aku menyambung semula hikayat aku yang seterusnya.Aku berhenti dimana eh hari tu.Oh baru ingat cerita lepas SPM.Cerita Bermula……….

Ada apa dengan nama IKM?
Institut Kerja Mana?
Institut Ke Mana?

Itulah sedikit sebanyak tanggapan sesetengah orang terhadap institut kemahiran.Tidak boleh salahkan mereka kerana sememangnya institut kemahiran kurang mengaplikasikan teori2,formula2 dan lebih mementingkan kepada kemahiran.Namun itu tidak bermakna tiada langsung kerana kini institut2 kemahiran telah menaik taraf menjadi pusat pendidikan hampir setanding universiti meskipun bukan berlandaskan kecemerlangan pembelajarannya tetapi berdasarkan pemintaan pasaran kerja yang mementingkan graduan mampu bekerja.Kini ramai golongan muda bijak pandai yang telah membuka mata melihat bahawa bidang kemahiran mampu memberi peluang masa depan yang cerah kepada mereka.Telah terbukti ramai usahawan2,orang yang berjaya dalam bidang masing2 tidak belajar tinggi dengan memegang segulung ijazah atau pernah menuntut di institut kemahiran.Bukan diri ini menyatakan bahawa tidak perlu belajar tinggi2 atau segulung ijazah itu tidak berguna.Tidak!!.Segala2 nya rezeki dari Allah.Diri ini tidak membela orang2 kemahiran sekalian kerana diri ini juga turut serta menceburi bidang ini tetapi kemahiran bukanlah sesuatu yang rendah dipandang.Kenapa diri ini memilih untuk memasuki institut kemahiran ini?Erm....adakah kerana keputusan SPM yang kurang memberangsangkan? atau tiada pilihan lain?.Kerana.......suka saya lah.Hidup saya.hahahaha


Sem 1:Mana Gambar Oden?
Sem 2:Ehem2.Ada Pun.Hehehehe
Sem 3:Praktikal Beb!!!!



Sem 4:Dah Pandai Pleasing Dah.

No comments:

Post a Comment