About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Sunday, February 20, 2011

Belangkas Rindukan Bintang

Belangkas rindukan bintang?
Apa punya tajuk lah.Boring giler dengar.Pungguk rindukan bulan oklah jugak,ada makna .Ini belangkas dengan bintang.Hahahahaha kelakar jea.Kui3.

Apa Hal Pulak Gambar Manusia Dengan Bintang Ni!!!.Tajuk Pasal Belangkas Dengan Bintang


Bermula cerita...........
Entah macam mana suatu malam belangkas duduk termenung tepi pantai.Tak tahu nak buat apa,nak main Facebook dah puas collect gadis2 belangkas,kaum kerabat,sanak saudara dan member2 satu sekolah dalam lautan.

Tiba2.........
Belangkas terpandang sebuah....ops.Penjodoh bilangan bagi bintang apa eh?.Sebuah,sekuntum.Erm.....apa2 lah.Berbalik kepada cerita,belangkas terpandang bintang.......

Rasa..........
Suatu perasaan minat muncul dalam diri belangkas sedangkan sebelum ni asyik memandang sinaran cahaya bulan yang cerah,menawan dan memukau pandangan apa2 yang memandang meskipun oleh batu karang.

Namun........
Kerlipan bintang berjaya menarik perhatian belangkas biarpun ia kelihatan biasa2,jauh dan agak terlindung pada mulanya.Kemudian kedua2 nya memandang satu sama lain.

Belangkas tersenyum.........
Kerana bintang sudi berkawan dengan belangkas walaupun jauh jarak antara mereka.Tetapi dapat dirasakan kemesraan seakan sudah lama saat pengenalan.

Selama berkenalan........
Belangkas terasa sangat hendak berjumpa,bertegur sapa dan duduk dekat2,rapat2 bak lagu Ana Raffali!!!.Manakala bintang berkemungkinan mengkehendaki belangkas akan naik keatas bertemu ia.

Tapi.......
Belangkas baru teringat.Dia tidak mempunyai sayap mahupun kapal angkasa untuk terbang tinggi menggapai sang bintang.Yes2 baru ingat penjodoh bilangan untuk bintang ialah sang.Hehehe nama je Md Hikayat itu pun lupa.Apa dah!!

Kemudian.......
Setelah berfikir panjang belangkas membatalkan hasratnya meskipun dalam diri sangat menginginkannya.Jadi belangkas terpaksa membuat keputusan sukar bagi dirinya demi kerana sang bintang.

Belangkas.......
Cuba menundukkan diri,kembali seperti sediakala dan cuba tersenyum dan ketawa seperti tiada apa2.Mungkin senyuman dan ketawa yang agak berpura2 untuk mengelakkan bintang terus mengharap belangkas akan naik bertemu ia.Namun dalam sudut hati belangkas.................

Bintang.........
Menjalani kehidupan seperti biasa menceriakan malam2 dengan kerdipannya meskipun mungkin terkilan dengan belangkas.Meskipun begitu,belangkas dan sang bintang masih lagi bertanya khabar dari jauh,berhubungan baik.


Dari jauh belangkas memandang bintang dan berasa gembira melihat sang bintang tersenyum,happy dengan kehidupannya serta dapat bergaul dengan bintang2 yang sepadan dengannya.Itulah senyuman yang ingin dilihat meskipun tidak dapat dimiliki.Dalam diri belangkas ada rasa sesuatu namun memendamkannya kerana...........

RINDUNYA BELANGKAS TIDAK MUNGKIN DAPAT MEMBAWA IA NAIK KEATAS MENGGAPAI SANG BINTANG.






 

No comments:

Post a Comment