![]() |
| Kereta: Hai Awak!!.Boleh Berkenalan? Lampu Isyarat: Erm......................(Tersenyum Sipu) |
Tersebut al kisah pada suatu hari
Sebuah kereta yang dalam perjalanan mengembara mengelilingi dunia
Berhenti dan berjumpa dengan sebuah lampu isyarat.
Dipertemuan itu kereta cuba mengenali dan memahami apa itu lampu isyarat
Manakala lampu isyarat cuba menerangkan manfaat serta kegunaannya
Masing2 berkenalan........................
Kebetulan lampu isyarat menyalakan lampu merah dengan lamanya
Maka dapatlah mereka berkenalan mesra serta berkongsi pengalaman
Kereta menceritakan perjalanannya merentasi jalan yang berliku2
Lampu isyarat pulak mengimbau kenangan akan dirinya yang memberikan perlindungan
Namun kereta adalah kereta
Adakala merasa bengang,sakit hati kerana terpaksa menunggu lama sebelum lampu bertukar hijau
Begitu jugak keadaannya kepada lampu isyarat yang tidak sabar dengan kerenah kereta
Masing2 berselisih faham....................
Tiba2 perselisihan faham terhenti
Kerana mereka mula memahami kepentingan kedua2 pihak dan mula mengalah
Kereta memerlukan lampu isyarat bagi tujuan keselesan,serta jaminan keselamatan semasa memandu
Lampu isyarat pulak tidak berfungsi dan tidak berguna sekiranya ketiadaan kereta
Setelah lama bersama
Tibalah masa untuk mereka berpisah kerana lampu isyarat telah bertukar kepada hijau
Walaupun berasa sedih kereta terpaksa pergi meninggalkan lampu isyarat demi mencapai matlamat dan menuju ke destinasinya
Keadaan sama berlaku kepada lampu isyarat yang terpaksa melepaskan kereta dengan berat hati
Namun lampu lampu isyarat berasa sungguh berbangga kerana telah berjasa terhadap kereta
Meskipun kereta bakal bertemu lampu isyarat lain didalam perjalanannya
Dirinya sesekali tidak akan pernah dilupakan kereta walaupun jauhnya beribu kilometer
Jika diizinkan tuhan mereka pasti akan bertemu lagi
Kereta akan melintasi lampu isyarat itu kembali
Lampu isyarat sedia menanti
Kerana mereka sudah menjadi...........
SAHABAT


No comments:
Post a Comment