Akhirnya terjawab segala persoalan,kegusaran hati dan tanda tanya selama ini
Kerana berani meluahkan hati dan perasaan seorang lelaki yang telah lama terpendam
Meskipun begitu,rasa agak terkilan kerana hanya melalui balasan khidmat pesanan ringkas
Tidak dapat bersua muka mahupun melalui panggilan suara disebabkan diri ini bukan seorang yang terus menerjah dalam mendapatkan sesuatu keputusan
Namun itu bukanlah tanda diri ini seorang yang penakut kerana menghormati keadaan seseorang samada berada dalam keadaan tenang atau sebaliknya sekiranya terus bertanya
Disebalik itu diri ini berasa agak menyesal mengenangkan apa yang telah diluahkan
Menjadikan pergaulan menjadi begitu kaku dan statik
Mungkin silap diri terlalu mendesak ataupun terlampau ingin tahu tanpa berfikir panjang
Memikirkan keadaan yang terbaik untuk meluahkan segalanya
Kerana diri ini merasa sesuatu kelainan dalam layanannya terhadap diri
Mungkinkah ada perasaan marah,kecewa terhadap diri ini atau itu sekadar perasaan sendiri berfikir yang bukan2.
Namun segalanya berakhir dengan senyuman
Walaupun jauh disudut hati menahan kedukaan,bibir tersenyum hati menangis
Mungkin luka ini agak lama untuk sembuh namun apabila melihat senyumannya disamping orang2 tersayang,mengenangkan kembali kemanjaannya seolah anak kecik membuatkan diri ini tunduk sayu.
Kerana itu lah yang sebaik-baik untuk dirinya yang tidak dapat dipenuhi oleh insan biasa2 ini.
Walaupun saat pengenalan yang singkat dan tidak terduga berlaku,seolah banyak kenangan manis menjelma dalam diri.
Mula tanpa kepastian namun pengakhirannya membuatkan diri ini merasa apa itu erti kebahagian meskipun tidak dapat diteruskan
Itu sudah mencukupi bagi mengisi kekosongan diri yang selama ini bersendirian
Mengajar bahawa hidup ini sangat memerlukan insan lain dan menghapuskan keegoaan
Disaat ini mungkin perhubungan tidaklah akan menjadi semesra dahulu kerana semenjak dari awal tiada keikhlasan sebenar dalam bersahabat,maka pengakhiranya pasti mendukacitakan.
Tapi itulah pengajaran yang amat bermakna dan mendidik diri ini supaya ikhlas berkawan tanpa ada perasaan selain itu.
Namun kita manusia,insan yang mudah alpa terleka dibuai angan-angan sendiri.
Cukup sampai disini,tidak dapat diri meneruskan penulisan kerana ketika ini perasaan rindu begitu menusuk didalam sanubari.
Mungkin suatu hari nanti perasaan ini akan hilang dengan sendirinya bersama masa yang berlalu,namun saat ini.
Yang dapat diluahkan.........
SAYANG!!! DIRI INI AMAT MENYAYANGIMU

No comments:
Post a Comment