About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Monday, February 21, 2011

Ia Datang Lagi

Setelah sekian lama ia hadir semula dalam diri
Seingatnya sudah empat atau lima tahun ia menghilangkan diri
Semenjak itu keceriaan sentiasa menemani hidup ini
Namun ianya datang kembali bersama dengan kekecewaan yang baru melanda dalam jiwa
Bagaimana hendak ku hadapi semua ini kerana kini diriku bersendirian menghalanginya daripada terus menyusup tepat didalam jiwa lelaki ini.
Bukan tiadanya seseorang untuk menemani,namun ianya perlu dihadapi sendirian oleh setiap insan lebih2 lagi bagi mendidik diri ini menjadi lelaki.
Yang lain hanya mampu memberi sokongan dan bantuan dari luar
Segalanya didalam yang hanya mampu ditangani oleh diri sendiri.
Hanya tuhan saja yang mampu memberi pertolangan

Ya Allah Ya Tuhan Ku
Kau berikan aku semangat,pedoman dan kecekalan supaya aku redha menghadapi penyakit ini.
Hanya kepada-Mu aku memohon,merayu dan merintih. 

Akhirnya................

Akhirnya terjawab segala persoalan,kegusaran hati dan tanda tanya selama ini
Kerana berani meluahkan hati dan perasaan seorang lelaki yang telah lama terpendam
Meskipun begitu,rasa agak terkilan kerana hanya melalui balasan khidmat pesanan ringkas
Tidak dapat bersua muka mahupun melalui panggilan suara disebabkan diri ini bukan seorang yang terus menerjah dalam mendapatkan sesuatu keputusan
Namun itu bukanlah tanda diri ini seorang yang penakut kerana menghormati keadaan seseorang samada berada dalam keadaan tenang atau sebaliknya sekiranya terus bertanya

Disebalik itu diri ini berasa agak menyesal mengenangkan apa yang telah diluahkan
Menjadikan pergaulan menjadi begitu kaku dan statik
Mungkin silap diri terlalu mendesak ataupun terlampau ingin tahu tanpa berfikir panjang
Memikirkan keadaan yang terbaik untuk meluahkan segalanya
Kerana diri ini merasa sesuatu kelainan dalam layanannya terhadap diri
Mungkinkah ada perasaan marah,kecewa terhadap diri ini atau itu sekadar perasaan sendiri berfikir yang bukan2.

Namun segalanya berakhir dengan senyuman
Walaupun jauh disudut hati menahan kedukaan,bibir tersenyum hati menangis
Mungkin luka ini agak lama untuk sembuh namun apabila melihat senyumannya disamping orang2 tersayang,mengenangkan kembali kemanjaannya seolah anak kecik membuatkan diri ini tunduk sayu.
Kerana itu lah yang sebaik-baik untuk dirinya yang tidak dapat dipenuhi oleh insan biasa2 ini.

Walaupun saat pengenalan yang singkat dan tidak terduga berlaku,seolah banyak kenangan manis menjelma dalam diri.
Mula tanpa kepastian namun pengakhirannya membuatkan diri ini merasa apa itu erti kebahagian  meskipun tidak dapat diteruskan

Itu sudah mencukupi bagi mengisi kekosongan diri yang selama ini bersendirian
Mengajar bahawa hidup ini sangat memerlukan insan lain dan menghapuskan keegoaan
Disaat ini mungkin perhubungan tidaklah akan menjadi semesra dahulu kerana semenjak dari awal tiada keikhlasan sebenar dalam bersahabat,maka pengakhiranya pasti mendukacitakan.
Tapi itulah pengajaran yang amat bermakna dan mendidik diri ini supaya ikhlas berkawan tanpa ada perasaan selain itu.

Namun kita manusia,insan yang mudah alpa terleka dibuai angan-angan sendiri.
Cukup sampai disini,tidak dapat diri meneruskan penulisan kerana ketika ini perasaan rindu begitu menusuk didalam sanubari.
Mungkin suatu hari nanti perasaan ini akan hilang dengan sendirinya bersama masa yang berlalu,namun saat ini.

Yang dapat diluahkan.........
SAYANG!!! DIRI INI AMAT MENYAYANGIMU

Sunday, February 20, 2011

LELAKI

Lelaki@Lanang?



Kenapa insan ini digelar lelaki?

Adakan kerana kemachoaanya,sesasaan tubuh badannya atau erm............?

Pada luaranya itulah yang menunjukkan seorang lelaki.Namun pernah anda terfikir siapa sebenarnya lelaki itu?

Belangkas Rindukan Bintang

Belangkas rindukan bintang?
Apa punya tajuk lah.Boring giler dengar.Pungguk rindukan bulan oklah jugak,ada makna .Ini belangkas dengan bintang.Hahahahaha kelakar jea.Kui3.

Apa Hal Pulak Gambar Manusia Dengan Bintang Ni!!!.Tajuk Pasal Belangkas Dengan Bintang


Bermula cerita...........
Entah macam mana suatu malam belangkas duduk termenung tepi pantai.Tak tahu nak buat apa,nak main Facebook dah puas collect gadis2 belangkas,kaum kerabat,sanak saudara dan member2 satu sekolah dalam lautan.

Tiba2.........
Belangkas terpandang sebuah....ops.Penjodoh bilangan bagi bintang apa eh?.Sebuah,sekuntum.Erm.....apa2 lah.Berbalik kepada cerita,belangkas terpandang bintang.......

Rasa..........
Suatu perasaan minat muncul dalam diri belangkas sedangkan sebelum ni asyik memandang sinaran cahaya bulan yang cerah,menawan dan memukau pandangan apa2 yang memandang meskipun oleh batu karang.

Namun........
Kerlipan bintang berjaya menarik perhatian belangkas biarpun ia kelihatan biasa2,jauh dan agak terlindung pada mulanya.Kemudian kedua2 nya memandang satu sama lain.

Belangkas tersenyum.........
Kerana bintang sudi berkawan dengan belangkas walaupun jauh jarak antara mereka.Tetapi dapat dirasakan kemesraan seakan sudah lama saat pengenalan.

Selama berkenalan........
Belangkas terasa sangat hendak berjumpa,bertegur sapa dan duduk dekat2,rapat2 bak lagu Ana Raffali!!!.Manakala bintang berkemungkinan mengkehendaki belangkas akan naik keatas bertemu ia.

Tapi.......
Belangkas baru teringat.Dia tidak mempunyai sayap mahupun kapal angkasa untuk terbang tinggi menggapai sang bintang.Yes2 baru ingat penjodoh bilangan untuk bintang ialah sang.Hehehe nama je Md Hikayat itu pun lupa.Apa dah!!

Kemudian.......
Setelah berfikir panjang belangkas membatalkan hasratnya meskipun dalam diri sangat menginginkannya.Jadi belangkas terpaksa membuat keputusan sukar bagi dirinya demi kerana sang bintang.

Belangkas.......
Cuba menundukkan diri,kembali seperti sediakala dan cuba tersenyum dan ketawa seperti tiada apa2.Mungkin senyuman dan ketawa yang agak berpura2 untuk mengelakkan bintang terus mengharap belangkas akan naik bertemu ia.Namun dalam sudut hati belangkas.................

Bintang.........
Menjalani kehidupan seperti biasa menceriakan malam2 dengan kerdipannya meskipun mungkin terkilan dengan belangkas.Meskipun begitu,belangkas dan sang bintang masih lagi bertanya khabar dari jauh,berhubungan baik.


Dari jauh belangkas memandang bintang dan berasa gembira melihat sang bintang tersenyum,happy dengan kehidupannya serta dapat bergaul dengan bintang2 yang sepadan dengannya.Itulah senyuman yang ingin dilihat meskipun tidak dapat dimiliki.Dalam diri belangkas ada rasa sesuatu namun memendamkannya kerana...........

RINDUNYA BELANGKAS TIDAK MUNGKIN DAPAT MEMBAWA IA NAIK KEATAS MENGGAPAI SANG BINTANG.