About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Tuesday, January 25, 2011

Kisah Kereta Dan Lampu Isyarat

Kereta: Hai Awak!!.Boleh Berkenalan?
Lampu Isyarat: Erm......................(Tersenyum Sipu)

Tersebut al kisah pada suatu hari
Sebuah kereta yang dalam perjalanan mengembara mengelilingi dunia
Berhenti dan berjumpa dengan sebuah lampu isyarat.

Dipertemuan itu kereta cuba mengenali dan memahami apa itu lampu isyarat
Manakala lampu isyarat cuba menerangkan manfaat serta kegunaannya
Masing2 berkenalan........................

Kebetulan lampu isyarat menyalakan lampu merah dengan lamanya
Maka dapatlah mereka berkenalan mesra serta berkongsi pengalaman
Kereta menceritakan perjalanannya merentasi jalan yang berliku2
Lampu isyarat pulak mengimbau kenangan akan dirinya yang memberikan perlindungan

Namun kereta adalah kereta
Adakala merasa bengang,sakit hati kerana terpaksa menunggu lama sebelum lampu bertukar hijau
Begitu jugak keadaannya kepada lampu isyarat yang tidak sabar dengan kerenah kereta
Masing2 berselisih faham....................

Tiba2 perselisihan faham terhenti
Kerana mereka mula memahami kepentingan kedua2 pihak dan mula mengalah
Kereta memerlukan lampu isyarat bagi tujuan keselesan,serta jaminan keselamatan semasa memandu
Lampu isyarat pulak tidak berfungsi dan tidak berguna sekiranya ketiadaan kereta

Setelah lama bersama
Tibalah masa untuk mereka berpisah kerana lampu isyarat telah bertukar kepada hijau
Walaupun berasa sedih kereta terpaksa pergi meninggalkan lampu isyarat demi mencapai matlamat dan menuju ke destinasinya
Keadaan sama berlaku kepada lampu isyarat yang terpaksa melepaskan kereta dengan berat hati

Namun lampu lampu isyarat berasa sungguh berbangga kerana telah berjasa terhadap kereta
Meskipun kereta bakal bertemu lampu isyarat lain didalam perjalanannya
Dirinya sesekali tidak akan pernah dilupakan kereta walaupun jauhnya beribu kilometer

Jika diizinkan tuhan mereka pasti akan bertemu lagi
Kereta akan melintasi lampu isyarat itu kembali
Lampu isyarat sedia menanti
Kerana mereka sudah menjadi...........

SAHABAT

Hidup Umpama Berdepan Traffic Light

HIJAU?
KUNING?
atau
MERAH?

Hijau.........
Meneruskan Perjalanan Tanpa Keraguaan Untuk Menuju Kedestinasi Pilihan.
Sesekali Memandang Kebelakang Mengimbau Kenangan Silam Bagi Membaiki Diri

Kuning.......
Bersedia Untuk Berhenti Sekiranya Tidak Berupaya Melepasi Halangan Yang Dicipta Sendiri
Fikirkan Sedalam2 nya Samada Mahu Meneruskan Perjalanan Sekiranya Ianya Bakal Memakan Diri

Merah........
Berhenti!!!
Jangan Pernah Mulakan Perjalanan Yang Bakal Membawa Kesengsaraan
Sekiranya Sedang Melaluinya Tabahkan Hati Cekal kan Jiwa Untuk Meninggalkannya.

Lampu Merah Bentuk Love!!.Ramai Accident Macam Ni
Hidup Ini Seumpama Berdepan Dengan Sebuah Traffic Light Dimana Kadang Kala Perlu Memilih Diantara Ketiga2 Pilihan Tersebut Atau Pilihan Tersebut Hadir Tanpa Boleh Ditolak.Tetapi Disamping Itu Pilihan Jugak Menjadi Asam Garam Kehidupan Bagi Menyedarkan Kita Bahawa Kita Hanyalah Insan Biasa2

Sunday, January 23, 2011

Hati Vs Mata

Mata........
Suatu Kurniaan Pancaindera Ciptaan Tuhan
Sudah Menjadi Lumrah Suka Melihat Sesuatu Yang Indah

Hati..........
Seketul Daging Yang Zahirnya Dilihat Sama
Namun Disebalik Itu Penentu Jiwa Seseorang Insan

Bila Mata Berbicara.........
Sering Kali Pandangan Mata Bisa Membutakan Hati
Pandangan Luaran Menjadi Keutamaan Dalam Mengenali Sesuatu
Namun Ianya Memainkan Peranan Penting Sebelum Wujudnya Keikhlasan Sebenar

Keikhlasan........
Suatu Perasaan Yang Lahir Jauh Dari Sudut Hati
Mampu Dilakonkan Namun Tidak Mampu Diselindungkan
Ianya Datang Tanpa Paksaan Ianya Hadir Bagaikan Sinaran Matahari Yang Memancar

Bila Hati Berbicara........
Pandangan Mata Yang Asalnya Wujud Lenyap Begitu Sahaja
Ditelan Keikhlasan Yang Tidak Dapat Digambarkan Dengan Kata2
Maka Terhasil lah Hikayat.....................

Hati: I'm The King of The World!!!!
Mata: Sob2.............................. = (


BILA HATI SUDAH BERBICARA MATA  MENDIAMKAN DIRI        



                     

Tuesday, January 18, 2011

Tiba2

Tiba2
Aku Tergerak Hati Membaca Coretannya.
Penuh Makna Meskipun Ianya Bukan Lagi Tersirat,

Tiba2
Aku Berasa Bertuah Mengenali Insan Sepertinya.
Tidaklah Sempurna Namun Disenangi.

Tiba2
Aku Gambarkan Betapa Kerdilnya Diri Ini Disampingnya.
Suatu Perasaan Yang Membangkitkan Semangat Untuk Berusaha

Tiba2
Aku Sedari Diriku Tidak Setanding Dia.
Kerana Aku Hanya Insan Biasa2.

Tiba2
Aku Mengerti Yang Dijuga Hanya Insan Ciptaan Tuhan.
Mengalami Suka Duka Pahit Manis Kehidupan.

Tiba2
AKU RASA SUNGGUH SAYU.............