About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Tuesday, December 28, 2010

Hikayat Manusia,Angin Dan Layang2

Angin dengan layang2?.Tentulah ada kaitan.Tapi apa kaitan pulak dengan manusia?.erm...apalah korang ni lambat sangat fikir.tentulah manusia yang mainkan layang2 tu.hahaha.apa yang aku nak sampaikan sebuah cerita dimana seseorang sedang khusyuk bermain layang2,tanpa diduga tiba2 tali layang2 nya terputus.kebetulan angin dikawasan tersebut bertiup kencang membawa layang2 tersebut pergi terbang tinggi.disebabkan sayangnya beliau kepada layang2 tersebut maka terus dikejar dan dikejar layang2 tersebut,tetapi angin yang sungguh kencang itu menerbangkan layang2 tersebut tinggi hingga ke langit.Semakin beliau cuba mengejar semakin jauh layang2 tersebut meninggalkannya.Walaupun sedemikian beliau tidak pernah berputus asa untuk menantikan kepulangan layang2 tersebut kembali kepadanya.
Wei!! Layang2.Tunggulah Aku.
Tanpa diduga keesokan harinya semasa beliau bangun awal pagi untuk menikmati udara segar,tiba2 beliau terpandang sebuah layang2 tersangkut diatas pokok depan rumahnya.Beliau mengambil layang2 tersebut dan membelek2 nya.Sungguh terkejut perasaan beliau kerana itulah layang2 nya yang hilang diterbangkan angin semalam.Beliau sungguh gembira dengan kepulangan layang2 tersebut meskipun terdapat sedikit kotoran dan koyakan padanya,tetapi beliau tidak mengendahkannya semua itu kerana perasaan suka terhadap layang2 itu tidak pernah pudar meskipun ia datang kembali dalam keadaan yang tidak sempurna.Cerita yang aku cuba sampaikan ini sama kisahnya dengan percintaan.layang2 diibaratkan seperti cinta manakala angin pula sebagai hati dan perasaan.Persoalannya janganlah terlampau mengejar cinta tersebut kerana ianya berkaitan hati dan perasaan.Biarlah angin selaku hati membawa cinta itu turun dengan perlahan2 dan seikhlas mungkin serta tanpa paksaan meskipun hati tersebut turun disebabkan pernah kecewa ataupun dilukai.Nantikan hati tersebut dan terimalah semula seadanya sepertimana pertama kali ingin memilikinya.Sambungan.....Sekiranya layang2 tersebut terus hilang dan percaya tidak akan kembali lagi.Apa yang perlu kita buat?.Itu pun tak boleh nak fikir,apa lagi cari yang barulah.hehehehe

No comments:

Post a Comment