About Me

My photo
Pontian, Johor, Malaysia
Aku Insan Biasa2, Inginkan Hidup Yang Biasa2, Ditemani Orang2 Yang Biasa2, Yang Memahami Diriku Yang Biasa2.Dari......... Insan Biasa2

Tuesday, December 28, 2010

Hikayat Manusia,Angin Dan Layang2

Angin dengan layang2?.Tentulah ada kaitan.Tapi apa kaitan pulak dengan manusia?.erm...apalah korang ni lambat sangat fikir.tentulah manusia yang mainkan layang2 tu.hahaha.apa yang aku nak sampaikan sebuah cerita dimana seseorang sedang khusyuk bermain layang2,tanpa diduga tiba2 tali layang2 nya terputus.kebetulan angin dikawasan tersebut bertiup kencang membawa layang2 tersebut pergi terbang tinggi.disebabkan sayangnya beliau kepada layang2 tersebut maka terus dikejar dan dikejar layang2 tersebut,tetapi angin yang sungguh kencang itu menerbangkan layang2 tersebut tinggi hingga ke langit.Semakin beliau cuba mengejar semakin jauh layang2 tersebut meninggalkannya.Walaupun sedemikian beliau tidak pernah berputus asa untuk menantikan kepulangan layang2 tersebut kembali kepadanya.
Wei!! Layang2.Tunggulah Aku.
Tanpa diduga keesokan harinya semasa beliau bangun awal pagi untuk menikmati udara segar,tiba2 beliau terpandang sebuah layang2 tersangkut diatas pokok depan rumahnya.Beliau mengambil layang2 tersebut dan membelek2 nya.Sungguh terkejut perasaan beliau kerana itulah layang2 nya yang hilang diterbangkan angin semalam.Beliau sungguh gembira dengan kepulangan layang2 tersebut meskipun terdapat sedikit kotoran dan koyakan padanya,tetapi beliau tidak mengendahkannya semua itu kerana perasaan suka terhadap layang2 itu tidak pernah pudar meskipun ia datang kembali dalam keadaan yang tidak sempurna.Cerita yang aku cuba sampaikan ini sama kisahnya dengan percintaan.layang2 diibaratkan seperti cinta manakala angin pula sebagai hati dan perasaan.Persoalannya janganlah terlampau mengejar cinta tersebut kerana ianya berkaitan hati dan perasaan.Biarlah angin selaku hati membawa cinta itu turun dengan perlahan2 dan seikhlas mungkin serta tanpa paksaan meskipun hati tersebut turun disebabkan pernah kecewa ataupun dilukai.Nantikan hati tersebut dan terimalah semula seadanya sepertimana pertama kali ingin memilikinya.Sambungan.....Sekiranya layang2 tersebut terus hilang dan percaya tidak akan kembali lagi.Apa yang perlu kita buat?.Itu pun tak boleh nak fikir,apa lagi cari yang barulah.hehehehe

Monday, December 27, 2010

Seriuskah Anda?

Seriuskah anda? sejauh mana kah keseriusan anda?.itulah persoalannya.adakah serius itu hanya berbentuk luahan kata serta janji2 manis yang sekadar boleh dizahirkan menerusi bibir seseorang?.adakah keyakinan sebegitu sudah mencukupi bagi mengungkapkan sebuah keseriusan.?.maka ketidak kepastian dan kecelaruan untuk mengungkapkan ucapan serta janji2 manis tersebut menandakan seseorang itu tidak serius?.hakikatnya sebuah keseriusan itu perlu di iringi dengan jaminan yang pasti dimana mampu ditunaikan dimasa hadapan.sekiranya tidak pasti atau ragu2 samada mampu menunaikannya maka janganlah meletakkan sebarang bentuk keseriusan terhadap sesiapa pun.kerana manusia berpegang pada janji meskipun janji itu bukan berbentuk lafaz ucapan.namun adakah kita tidak perlu belajar untuk cuba serius walaupun kita masih belum mampu?erm..................
Relaks Bro!!.Jangan Serius Sangat.

Sunday, December 26, 2010

No Women No Cry?

No Women No Cry,No Men ....?

Seronok betul hari ni aku nak berhikayat.happy je rasa.ke dah ada orang jaga?.hehehe.perasan lebih.md hikayat tetap md hikayat.ah!! ini aku nak sentuh pasal perhubungan lelaki dan perempuan.normal lah kan bercerita tentang tu.takdelah aku dianggap golongan tut.......(sila isi tempat kosong).No Women No Cry?.ada benar ke statement ni.erm...cuma ada dua kemungkinan je.pertama tanpa perempuan maka takdelah air mata yang mengalir dipipi perempuan tersebut disebabkan jiwa sensitif yang telah dikurniakan oleh tuhan terhadap mereka.yang kedua tanpa perempuan maka takdelah jejaka2 macho,jambu yang mengalirkan air mata kerana perempuan sebab kehilangannya.mana satu pilihan anda?.bagi lelaki tentulah memilih yang pertama,begitu jugak sebaliknya.aku sebagai tukang hikayat tentu jugak memilih yang pertama.tapi tahu ke kamu semua bahawa tangisan itu bukanlah suatu bentuk kelemahan atau kekurangan.tetapi suatu bentuk kurniaan nikmat tuhan terhadap hambanya.seharusnya kita perlu berasa bersyukur wujudnya perasaan tersebut kerana merasakan tidak ada perasaan jugak merupakan suatu perasaan.renung2 kan lah.hikayat dari md hikayat.........

Hikayat Bunga!!

Ini Bunga Tahi Ayam Kalau Nak Tahu
Bunga bunga bunga bunga!!.terdapat macam2 bunga.ada bunga yang wangi ada bunga yang busuk dan juga ada bunga yang tak macam bunga?.macam mana tu.oh!!!.lupa bunga reflesia.hehehe.jika di beri pilihan bunga mana yang anda pilih?.cerita pasal bunga2 ni teringat aku komen2 pasal bunga tahi ayam.korang kenal tak bunga tu.mesti tak kenal.aku pun dah lama tak jumpa.nak tahu kenapa orang panggil bunga tahi ayam?.sebab baunya yang busuk,tapi bunga tu sungguh cantik.tulah nama luaran yang cantik yang sukar diterima semua orang.anda sudi menyunting bunga tersebut?.erm...rasanya kena fikir dua kali.betul tak?.ngaku je lah.heheheh.tapi hakikatnya bunga tersebut sungguh menarik dengan warnanya kekuningan.pasti memukau pandangan sesiapa saja tetapi tidak ramai yang berani mendekatinya tanpa memahami diri sebenar tentang bunga tersebut.hanya insan yang cekal,ikhlas,jujur dan berani sahaja mampu menyuntingnya.arh!!.apahal aku boleh cerita pasal bunga2 ni.aku bukan md bunga.aku md hikayat.dah2.hehehe.sekian

Aku,Dia dan "Dia"

Aku Hilang Dalam Dunianya sendiri
Sebelum menyambung semula hikayat aku yang ke 5 aku hendak menceritakan sebuah cerita yang bertajuk Aku,Dia dan "Dia".Aku seseorang yang biasa,Dia seseorang yang biasa jugak,tetapi "Dia" tidak diketahui.hanya Dia yang mengenalinya.tiba2 Aku terasa sesuatu yang tidak menggembirakan setelah Aku membaca dan memahami semula serba sedikit hikayat tentang Dia.siapa kah "Dia" yang dimaksudkan oleh Dia?.itulah persoalan yang hendak ditanyakan kepada Dia namun siapalah Aku untuk menanyakan Dia.kenapa Aku nak menanya hal "Dia" kepada Dia?.sebabnya Aku dah mula rasa sesuatu,sesuatu yang kadang2 susah hendak diluahkan atau atau dinyatakan bagi sesetengah orang.siapakah "Dia" kepada diri Dia.adakah orang yang disayangi yang masih tidak boleh dilupakan?.ataupun "Dia" itu adalah merujuk kepada Aku?.disebabkan tak tidak faham penggunaan ayat yang cuba disampaikan oleh Dia.erm....apa dah terjadi kepada kamu wahai Aku?,adakah anda telah jatuh cinta,perasan sendiri atau berfikir yang bukan2.Aku!! cuba lah cerita kepada aku penghikayat cerita ni.nak tahu jugak nak cuba selami diri Aku tu.boleh tak wahai Aku?.kenapa anda berfikiran sebegini?.pasti jawapan nya aku dah tahu,Aku mesti menjawab inilah hikayat AKU,DIA dan "DIA"

Hikayat 4 - Kerja,Pilihan dan dot dot dot

Berkerja atau sambung belajar.mana satu pilihan anda?.sudah semestinya selepas SPM masing2 menginginkan mahu memegang duit sendiri,tak nak kusut2 fikir pasal belajar lagi.mahukan kan kehidupan yang bebas.hehehe.itu semua impian setiap orang namun tak kira seseorang itu sambung melanjutkan pelajaran atau terus bekerja ianya bukanlah sesesuatu yang merugikan melainkan bagi orang yang malas berusaha.kejayaan seseorang bukan lah hanya terletak pada segulung ijazah,gaji yang lumayan ataupun pekerjaan seseorang.tetapi kepuasan hidup yang dikecapi beserta ketenangan,kebahagian serta kegembiraan.Dah2!!.berhikayat lebih2 pulak,orang nak dengar cerita aku.Pilihan aku?.sambung belajar meskipun bermacam2 dugaan terpaksa aku tempuhi lebih2 lagi berkaitan persiapan fikiran dan mentaliti.Pengalaman kerja?.nak cerita takut kena bahan.tak cerita tak ada pulak cerita yang nak di cerita.erm....Pengalaman pertama kerja bekerja di kilang K for tut......(Kepada budak bawah 12 tahun sila skip ayat diatas.sekian terima kasih).heheheh.tapi kerja tu cuma bertahan satu hari je sebabnya shift malam tak tahan mata rabak.yelah budak fresh SPM kan,tak liar lagi.belum kawan dengan geng2 kelawar.

The 3th Hikayat's

SMKKAP Sekolah Ku
Ceh2!!.Nak berspeaking pulak.tak sedar Bahasa Inggeris SPM dapat B je.ok untuk hikayat ke 3 kita kembali ke alam persekolahan.Back to the school!!.tapi dah upgrade sikit.kenapa?.yelah sekolah menengah kan.disitulah mulanya muncul segala hormon2,perangai2,tabiat2 dan seangkatan dengannya.kenangan?.erm!!.banyak, cukup banyak.tapi sebenarnya inilah zaman yang paling menyeronok kan sepanjang hidup seseorang.namun disebalik itu ianya jugak menjadi titik permulaan,perubahan serta perkembangan minda seseorang samada berubah kepada baik atau sebaliknya.baik disini bukan bermaksud sekadar perangai sahaja,tetapi mentaliti serta cara pemikiran seseorang yang membawa kepada kematangan,keberanian dan semangat yang tinggi.CINTA!!.wujud kah cinta dialam persekolahan?.mungkin wujud dan mungkin jugak tidak.kenapa? sebabnya masing2 masih keliru dengan perubahan yang ada pada setiap remaja tidak kira lelaki atau perempuan.jangan lah cakap cinta monyet.kesian monyet cintanya dipermainkan oleh manusia.heheheheh

1 Amanah = Geng Surau
2 Amanah.Tengok Insan Biasa2 Kena Pakai Songkok Bergambar

Mana gambar tingakatan 5?.erm...rugi betul lah tak ada dalam simpanan.kawan2 mana2 yang ada simpan gambar2 sekolah tu share2 dengan aku.rindu tu kenangan masa sekolah.hehehehe.

Hikayat 2-Rumah Dan Persekitaran Ku

Pemandangan Tambak Pontian
Matahari Sedang Melabuhkan Tirainya
Aku duduk nun jauh hampir di penghujung benua Asia.Itulah Pontian nama diberi.kenapa Pontian?.entah tak pernah bertanya kenapa nama dia macam tu.mungkin ada kaitan dengan ponti...... kot.tak tahu lah oden nak menjawabnya.sungguh bertuah diri ini dilahirkan disini dan berasa sedikit teruja dengan persekitaran yang dikelilingi masyarakat yang berbau tempe.hehehe.kepada sesiapa pun jangan malu2 nak ngaku tau.

Batu Bersurat Tanjung Piai-Penghujung Benua Asia


Ops!!.Lupa pulak nak cerita pasal rumah aku.rumah aku?.sama jugak macam aku biasa2.takdelah nampak mewah sangat.yang penting tiap kali aku tidur dekat rumah selese betul rasa tak nak bangun je.hehehe.ni gambar sedikit sebanyak keadaan rumah aku.


Meja Siapalah Tu Yang Kemas Sangat.Hehehehe



Anjung Depan Rumah Aku

Hikayat 0.5 ?

Tengah Fikir Nak Berhikayat apa
Ada pulak buat hikayat 1 baru buat hikayat 0.5 apa dah.tu lah gelojoh sangat nak buat blog tak rancang dulu.hehehe.hikayat 0.5?.erm!!.tentu lah cerita pasal diri aku.tapi boleh ke seseorang tu bercerita tentang diri dia sendiri tanpa berbohong sedikit pun?.mari renungkan bersama.renung je bersama!!.cerita sendiri2.[AKU!! siapa AKU? korang tak kenal aku?.pelik?.tapi tu lah dia siapalah insan bernama MD SALIHIN BIN BON ni.hanya insan biasa2.hahaha.dah2.pergi!! aku nak berhikayat ni ganggu je.sorry2 ada masalah kecelaruaan fikiran sikit.ok2 I'm Back.hehehe.]Itulah serba sikit yang tersirat tentang aku.kalau nak tahu kenapa Macam tu.Lu Fikir Lah Sendiri!!!

Hikayat 1 Bermula

Logo Sekolah Aku SKKAP
Bermula al kisah seorang insan biasa2 yang lahir dalam keluarga biasa2.Hendak dijadikan cerita tup tap tup tap dia pun dah berusia 7 tahun,maka bermula lah alam persekolahan.Nak cerita pasal kecik2 tak dapek lah sebab tak ingat cerita.Gambar pun tak ada.So kita bermula dari sini.
Comel2 Tak Kitaorang.Cuba Cari Yang Mana Satu Insan Biasa2 Tu?


Cerita tentang budak2 sekolah rendah tentulah seronok,mana kan tidak bermain,bergaduh,datang sekolah,balik sekolah,belajar,makan,tidur.itu je.tak ada tekanan langsung.seronok rasa teringin kembali ke zaman tu tapi apakan daya kita tetap manusia yang tak boleh lari daripada menjadi dewasa.Itulah kehidupan.mungkin pelik kenapa aku tak ceritakan pasal sekolah tadika.Erm!!!.Sebenarnya aku tak pernah bersekolah tadika.Itulah hakikatnya adik beradik aku seorang pun tak pernah bersekolah tadika.hehehe.tu lah sampai sekarang kalau orang tanya kenapa aku tak boleh sebut huruf "H" dengan betul aku jawap aku tak sekolah tadika tu pasal lah sebut H kedengaran "Ash".Puas aku kena gelak.Kurang asam jawa betul.Hehehehe.Sekian. nanti korang bosan pulak baca.

Sunday, December 19, 2010

Hari Kedua Md Lihin Berhikayat

Terasa begitu gembira result final exam aku dah keluar.Keputusannya begitu mamberangsangkan.Tapi itu bukan lah penentu sebenar kejayaan seseorang.Banyak lagi yang perlu ditempuhi,praktikal pun tak habis lagi.Hahaha.Lepas ni hanya tuhan sahaja yang tahu.Kita hanya mampu merancang dan berusaha tapi Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua selaku hambanya.Membosankan tak blog aku? sesiapa yang yang follow up,aku ucapkan ribuan terima kasih.Ni belum complete lagi aku berhikayat, belum cerita sejarah purbakala zaman sekolah2.Ni nak edit profile pun tak reti,pening2.Tapi sepanjang aku menulis blog ni,perasaan aku begitu gembira dikelilingi insan2 yang memberi banyak semangat dan menggembirakan serta menceriakan hidup aku.Cukuplah sampai hari ni aku berhikayat.chow cincau.tata titi tutu.hahahha

Wednesday, December 15, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Baru nak buat Blog? Ada apa2 ke? Orang dah berkurunlah buat benda ni !!!.Itu lah pertanyaan yang harus di terima oleh insan biasa2 ni yang ketinggalan zaman beberapa tahun.Namun ada aku kisah.hahahaha.Terdetik nak buat blog ni bukan dasar apa2 sekadar bercerita pengalaman,kehidupan serta berhikayat dengan berbekal kan ayat2 skema.hahaha.Patutnya baru dapat buka Blog ni banyak benda yang nak di tulis namun aku bukan lah sasterawan negara mahupun orang yang bijak bermain kata2.Aku hanyalah insan biasa2....diulangi insan biasa2.Tapi hari aku berasa sangat gembira,bukan disebabkan dapat menghasilkan blog ni tapi mendapat berita kawan baik aku di BMI dah bertemu pasangan yang sesuai dengan dia.Syukur alhamdunillah bertemu jugak dia dengan perempuan yang sudi menerimannya seadanya,tapi nak kata tak jelous bohonglah cun tu!!!.hahaha.(jangan marah kawan.....nama dirahsiakan.kena flying kick kang aku).Sesuai dengan taste dia yang penting mereka berdua selesa bersama dan yang lebih utama berkekalan hingga kejinjang pelamin.amin.....